KETIKA memikirkan kelemahan mungkin dihadapi generasi Undi18, mungkin juga masyarakat perlu melihat kebuntuan pemikiran bakal dihadapi dalam dunia baharu sekarang. Umpamanya isu tekanan ekonomi dan perubahan cuaca, penghuni alam (7 bilion kini dijangka meningkat 9 bilion pada 2050), konflik antarabangsa, kebanjiran pelarian perang di seluruh dunia, permintaan tenaga daripada sumber yang bertambah, gencatan senjata nuklear, bertambahnya warga emas dan kepelbagaian cabaran dunia baharu lainnya, nampaknya akan mencipta sejarah baharu yang…