POLITIK yang baik memang diakui mampu membina bangsa, agama dan negara. Tapi jika salah bawa, politik boleh memusnahkan sifat positif manusia itu sendiri. Kita sendiri pasti sering dikongsi kisah mereka oleh rakan-rakan kalangan politik yang banyak mengalami peristiwa melibatkan kawan jadi lawan. Seseorang itu ditolong bersungguh-sungguh, contohnya untuk menduduki tempat tertinggi di peringkat tertentu. Namun tak sampai beberapa bulan orang itu ‘mencengkamnya’ balik. Analogi paling tepat ialah seperti perumpamaan Melayu…










