SPM, STPM dalam banjir tak bantah?

SPM, STPM dalam banjir tak bantah?

aidiladha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKHIRNYA gelanggang pertarungan dibuka jua setelah sekian lama gendang perang dipalu. Cuma tarikh pertempuran masih belum diwartakan. Walaupun begitu, pengisytiharan pembubaran Parlimen pada petang Isnin lalu, membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tidak lama lagi.

Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa. Seri Paduka bertitah tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan pembubaran Parlimen bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Setelah mengharungi huru-hara politik berpanjangan sepanjang penggal Parlimen ke-14, kita bersyukur akhirnya mandat telah dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Telah banyak kerosakan berlaku akibat dasar kerajaan yang berubah-ubah. Dalam tempoh itu kita juga menyaksikan Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri bertukar ganti.

Kestabilan politik ialah kunci kepada kemakmuran negara. Namun, politik negara tidak akan stabil jika kerajaan memerintah tidak teguh dan terpaksa mengharapkan ihsan daripada pihak lain untuk terus mentadbir. Bagaimanakah sebuah kapal mampu belayar ke tempat yang dituju jika ada dua nakhoda?

Masih ada pihak yang mempertikaikan keputusan ini walaupun proses pembubaran Parlimen dilakukan mengikut aturan dan tertib berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kita semua sedar pergolakan yang berlaku dalam gabungan kerajaan memerintah sebelum Parlimen dibubarkan. Malah, keadaannya boleh diibaratkan retak menanti belah. Krisis politik yang tiada hentinya hanya akan menghancurkan negara. Kita telah kehilangan banyak pelaburan dari negara luar serta hilang daya saing berbanding negara-negara jiran.

BLUP, BLUP

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat, mengambil kira musim Monsun Timur Laut yang diramalkan bermula pada pertengahan November. Seterusnya Seri Paduka mengajak rakyat bersama-sama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir.

Malangnya di media sosial, pihak yang membantah giat memainkan slogan Undi banjir dan Blup blup. Seolah-olah tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada akhir tahun kerana banjir sedangkan sepanjang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijalankan setiap akhir tahun (sebelum zaman Covid-19), rakyat menerima hal tersebut dengan hati terbuka. Tiada pula laungan bantahan atau pelbagai slogan tentang isu banjir di media sosial. Malah, tempoh peperiksaan SPM dan STPM bukannya sehari seperti tempoh hari mengundi.

Berhati-hatilah ketika menuturkan kata-kata kerana ungkapan yang diulang-ulang boleh menjadi doa. Islam mengajar kita berdoa supaya dijauhkan musibah dan malapetaka dan bukannya meminta ditimpa kesusahan. – UTUSAN

PENULIS ialah pelajar program asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN