UMUMNYA, manifesto menjadi bahan perbincangan malah membantu pengundi dalam proses membuat keputusan untuk memilih sesebuah parti politik dalam pilihan raya umum (PRU). Manifesto adalah pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar dan program sesebuah parti politik sebelum pilihan raya di adakan. Ia adalah aku janji sesebuah parti politik yang perlu dilaksanakan atau ditepati sekiranya menang dalam pilihan raya. Sehubungan ini, manifesto pilihan raya yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan (PH) dikatakan menarik…










