Bersalah? Biar mahkamah tentukan

Bersalah? Biar mahkamah tentukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA akal pakai, ada bijak gadai. Teringat lirik lagu Yang Remeh Temeh dendangan Pak Pandir. Lirik lagu ini antara lain memberi nasihat untuk kita menggunakan akal dan lain-lain anggota badan mengikut fungsinya.

Hari ini, fungsi mahkamah ‘dirampas’ oleh ‘mahkamah persepsi’ di media sosial. Kes rasuah mahupun kes gangguan seksual melibatkan individu tertentu dibicarakan di dunia maya tanpa segan silu, seolah-olah negara kita tidak mempunyai sistem perundangan.

Soalnya, biarlah mahkamah yang mulia membicarakan sesuatu kes melibatkan pendakwa raya, peguam bela, saksi dan hakim yang bijaksana menentukan orang kena tuduh (OKT) bersalah atau sebaliknya.

LOYAR BURUK

Loyar buruk dan hakim yang telah bersara jika boleh tidak perlulah memberi pandangan dalam sesuatu kes sama ada di media sosial atau media arus perdana yang mungkin menyebabkan sesuatu kes dipengaruhi pandangan luar mahkamah. Harus diingat, setiap kes mempunyai bukti berbeza antara satu sama lain. Jangan pula menggunakan standard yang sama apabila sesuatu kes dibicarakan melibatkan individu sealiran.

Jangan pula apabila disebut kes rasuah, kita pun mula menghakimi sesuatu kes menggunakan logik akal bahawa keputusan perlu sama kesudahannya.

Semasa saya belajar undang-undang kira-kira 30 tahun lalu, beribu-ribu kes dibaca untuk setiap satu aspek perundangan. Bila saya menjadi peguam hampir satu dekad, perlu pula buat kerja rumah tentang hakim yang kita akan hadapi.

Pendek kata, prosedur undang-undang sama ada sivil atau jenayah mempunyai selok-belok yang tidak boleh dibicarakan seperti isu politik.

Justeru, jangan mudah mengatakan OKT itu pasti bersalah berdasarkan sentimen politik dan sosial semata-mata kerana akhirnya setelah hakim menjatuhkan hukuman seraya mengetuk tukul, segalanya muktamad sehingga rayuan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN