SESEORANG diberikan nama semenjak dilahirkan. Nama yang diberikan kepada anak memperlihatkan latar belakang masyarakat pada sesuatu zaman, taraf pendidikan ibu bapa, keadaan ekonomi masyarakat, harapan yang ditaruhkan pada anak-anak dan lain-lain faktor. Nenek moyang orang Cina di Malaysia kebanyakannya berasal dari wilayah Fujian dan Guangdong, China. Kedua-dua wilayah ini kaya dengan kebudayaan puak yang tersendiri. Puak merujuk kepada sesuatu generasi diwariskan daripada nenek moyang yang sama, dan tinggal berkumpulan di…










