PERMAINAN digital merupakan salah satu media hiburan yang popular dalam kalangan masyarakat pada abad ke-21 ini tanpa mengira latar belakang umur. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, semuanya telah terdedah dengan permainan digital. Permainan digital kini bukan lagi dianggap sebagai media hiburan semata-mata, tetapi telah dikenal pasti berpotensi dalam mempengaruhi setiap aspek perkembangan manusia terutama kognitif. Permainan digital masa kini lebih mudah diperoleh dan dimainkan menerusi telefon pintar walau di…










