MENGIKUT Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitkan nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei 2022. Daripada jumlah itu, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus merupakan jenayah penipuan dalam talian dan bagi tempoh sama, sejumlah 26,213 kes yang dilapor telah didakwa di mahkamah. Angka yang besar ini perlu diberi perhatian untuk memastikan ia dapat dikawal supaya orang awam tidak…










