SEBAIK sahaja tiba di asrama, saya terus mencari tempat sesuai untuk menggantung Jalur Gemilang. Terkenang aktiviti tahunan keluarga setiap kali menjelang tibanya 31 Ogos. Betapa meriahnya suasana apabila saya dan kakak-kakak menghiasi rumah dengan deretan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik. Bagi saya, Jalur Gemilang melambangkan jati diri dan identiti negara bangsa. Kibarannya mencetuskan rasa bangga dan cinta kepada negara. Malangnya, masih ada yang melihat bendera negara hanya sekadar hiasan dan mengibarkan tanpa mematuhi protokol. Kadangkala dalam keterujaan kita menyambut Hari Kebangsaan, ada yang terlupa Jalur Gemilang ialah lambang negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya