SESUATU yang tidak diduga boleh mendatangi seseorang tanpa mengira tempat dan ketika manakala tiada sebarang bantuan atau sumbangan paling berharga selain hadirnya pada saat yang amat diperlukan. Justeru, jangan remehkan sesiapa atau sebarang sumber walau sekecil mana bentuk atau saiznya. Bayangkan, kereta yang sedang dipandu tiba-tiba mengalami masalah enjin atau terdapat gangguan teknikal lalu terpaksa tersadai di pinggir jalan di tengah hutan. Lebih meresahkan, ketika itu disertai keluarga manakala masa…










