PASARAN teh berkembang secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini selaras dengan perubahan tingkah laku pengguna terhadap teh. Hari ini, penggemar teh lebih berminat dengan produk teh berkualiti tinggi yang memberi manfaat khususnya kepada kesihatan tubuh badan. Teh hijau dan teh hitam merupakan antara kegemaran ramai. Tidak dinafikan teh merupakan salah satu minuman yang digemari oleh rakyat Malaysia. Menurut Statista pada 2021, teh merupakan minuman kedua tertinggi penggunaannya selepas kopi…










