KEMUNCULAN beberapa insiden penghinaan terhadap agama Islam dan ajaran sesat baru-baru ini memberi cabaran baharu yang tersendiri kepada pihak-pihak berwajib. Kewujudan ajaran sesat dalam kalangan umat Islam di negara ini bukanlah perkara baharu kerana telah ada dalam pelbagai bentuk sejak dahulu lagi. Kegiatan ini pun dapat ditangani dengan baik seperti ajaran al-Arqam dan Ayah Pin yang berjaya dihapuskan melalui pewartaan fatwa dan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Namun begitu, tindakan untuk mengawal penyebaran ajaran sesat termasuk penghinaan kepada agama Islam semakin mencabar dan kompleks dalam suasana masa kini. Ini berpunca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya