TINDAKAN penjimatan kerajaan yang dibuat pada masa kini adalah langkah yang betul dalam suasana ekonomi tidak menentu. Tindakan ini mampu mengurangi bebanan kewangan kerajaan dan pada masa sama, kerajaan perlu melihat beberapa cadangan dalam pemerkasaan ekonomi negara. Kerajaan kini kelihatan menampung subsidi agak tinggi dengan punca pendapatan yang semakin berkurangan disebabkan faktor ekonomi tidak menentu akibat impak ekonomi global. Antara cadangan yang mampu meningkatkan pendapatan negara adalah mengurangi kebocoran pendapatan…










