SASTERAWAN yang sentiasa hadir dengan karya baharu dan mengemukakan pemikiran segar tidak perlu bertenggek pada penghormatan atau anugerah. Semua yang menjadi buruan orang lain itu hanya hal luaran yang tidak mengubah keberadaan dalam kesusasteraan. Mereka diukur daripada gagasan pemikiran yang dititipkan secara berterusan. Bagaimanapun, ini bukan suatu yang mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang. Bukan sekadar berterusan malah pemikirannya sentiasa berada di hadapan zamannya. Sebenarnya tidak banyak sasterawan yang…










