SEJAK kebelakangan ini, isu melibatkan bekalan makanan menjadi perhatian dan perbualan rakyat. Isu ini bukan terpencil, bahkan boleh menjadi bom jangka. Kesannya amat dirasai oleh rakyat apabila semakin bertambah barangan khususnya makanan meningkat harga jualannya. Isu kenaikan harga barang keperluan harian amat meresahkan dan membimbangkan rakyat terutama golongan B40 dan M40. Bukan sahaja barangan makanan naik harga, ia turut melibatkan kenaikan barangan lain seperti alat ganti kenderaan termasuk bateri, tayar,…










