TANGGAL 8 Jun saban tahun, kita meraikan Hari Laut Sedunia. Sambutan ini merupakan inisiatif masyarakat dunia bagi mengiktiraf peranan ekosistem laut kepada kehidupan manusia sejagat dan kelangsungan kepelbagaian biodiversiti yang menghuninya. Tema sambutan pada tahun ini ialah Mari Kita Jaga dan Lindungi Laut Kita. Tema yang dipilih menyeru masyarakat dunia untuk menjaga dan melindungi ekosistem laut ini dilihat sangat relevan dan tepat pada masanya, sementelah kita menyaksikan situasi semasa ekosistem…










