SUDAH lebih sebulan Ramadan meninggalkan kita. Beruntunglah bagi mereka yang dapat kekal istiqamah dalam beribadat terutama solat fardu jemaah, membaca al-Quran dan membanyakkan sedekah. Semua itu jika dapat dilakukan, barulah kita menjadi Muslim mukmin dan orang bertakwa. Bagaimanapun, realitinya, masjid dan surau bagaikan hilang ‘serinya’ persis berlalunya Ramadan. Jika kita perhatikan masjid dan surau tidak lagi melimpah dengan jemaah pada solat fardu lima waktu. Jika melimpah pun, hanyalah ketika solat…










