Debat: Menang jadi abu, kita masih di takuk lama

Debat Anwar-Najib: Menang jadi abu, kita masih di takuk lama

debat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTINYA ramai sudah mengulas tentang Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Saya juga sudah muak untuk membaca analisa-analisa “pakar” yang bertauliah mahupun tidak mengenai isu ini. Apatah lagi dapatan-dapatan daripada penyokong tegar mereka, pastinya mereka cuba semahunya untuk mengangkat tokoh pilihan hati dengan penuh prejudis. 

Secara tuntasnya saya boleh katakan, kedua-duanya mereka mempunyai ketokohan dan pastinya satu tabik hormat harus diberikan kepada pasukan penyelidik buat kedua-dua individu dalam menyediakan hujah-hujah bagi mengangkat martabat majikan mereka ini di mata rakyat pada debat itu. 

 Akan tetapi, walau sehebat mana mereka berhujah dalam debat berkenaan, realitinya masih jauh dari di gapai. Terlampau banyak retorik dari mereka, dan cakap tidak serupa bikin. Carta “track record” mereka dalam kerajaan tidak selari dengan apa yang diucapkan. 

Kredibilti

Mungkin sekadar untuk meraih sorakan penyokong mereka dan “syok sendiri”. Lihat sahaja perjumpaan DS Najib selepas dengan debat perdana ini di bangunan UMNO penuh dengan ejekan kepada seteru tanpa sedar ianya meruntun kredibiliti beliau. 

 Kerana itu setiap pemimpin harus tahu memilih siapa yang patut berada di sekeliling mereka, bukan hanya langau yang akan menghurung kerana ada habuan. 

 Saya sarankan kedua-dua tokoh ini lebih merapati rakyat, buang topi kenamaan, bertindaklah seperti Umar Al-Khatab, siasat sendiri suasana di bawah tanpa mempercayai 100% apa yang dilaporkan oleh “semut-semut” yang hanya muncul apabila ada gula. Kalau tidak boleh jadi seperti khalifah pun, jadilah pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat. 

 Realiti di bawah tidak seperti apa yang kedua-dua tokoh ini faham. Apatah lagi tokoh-tokoh politik lain yang banyak duduk bersama-sama golongan  sejiwa mereka mencipta kelangsungan kuasa tanpa melihat impak rekaan mereka kepada negara. 

 Persoalan-persoalan berikut perlu mereka hadam dan jawab, bukan mencipta dan memberikan khayalan mimpi indah; 

  1. Adakah rakyat di bawah mempunyai kuasa membeli, terutamanya makanan, dengan kenaikan harga tanpa kawalan sekarang? 
  2. Jika tidak, apa yang mereka makan, adakah mereka mengamalkan catuan, adakah mereka mengambil nutrasi yang secukupnya? 
  3. Jika tidak bersediakah kita untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan nutrisi ini tidak terbantut dan apakah kaedahnya? 
  4. Penahkah di buat kajian, tentang apakah keperluan asas untuk rakyat ketika ini dan apakah perancangan untuk memastikan ianya cukup? 
  5. Kajian dunia menunjukkan keciciran selama 2 tahun sebelum sistem pendidikan benar-benar pulih, apakah kita sudah bersedia menghadapi fenomena ini dan apakah perancangan kita untuk memastikan akses pendidikan tidak terbantut? 
  6. Seramai kurang lebih 21000 orang dinafikan pendidikan asas disebabkan tidak mempunyai dokumen lengkap, angka ini semangkin bertambah, apa tindakan kita? 
  7. Graduan tanpa pekerjaan juga amat tinggi, apakah kaedah yang hendak diutarakan supaya semua mereka boleh menikmati kelangsungan hidup? 
  8. Perumahan yang tidak mampu dimiliki, pernah tidak mereka yang berkuasa mendekati gelandangan, apakah solusi kita, adakah kita juga selepas ni akan mengiktiraf mereka sebagai bukan satu masalah seperti negara-negara maju yang lain? 

Tiada jawapan

 Cukup dahulu saya utarakan persoalan-persoalan ini, kerana pastinya mereka tidak pun punya jawapan. Setelah hampir 70 tahun bebas, adakah kemajuan yang kita kecapi sama seperti usia kebebasan kita? Tahun 2020 yang sepatutnya menjadikan kita negara maju berpendapatan tinggi, sudah tinggal kenangan, tidakkah kita punya perancangan jangka pendek mahupun panjang untuk meletakkan kembali Malaysia di landasan yang betul? Tidakkah kita harus membawa Malaysia dengan memberi kenikmatan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira, ras, warna dan agama? Bukankah itu slogan yang sering dimainkan? 

 Buat pendebat semalam, rakyat bukannya perlu duit, rakyat perlukan kail supaya boleh memancing, iaitu berusaha untuk mencari pendapatan sendiri tanpa pergantungan sepenuhnya kepada kerajaan. Ironinya rakyat Malaysia bukanlah seperti mereka di negara luar, yang sentiasa meminta-minta, tapi tunjukkan cara bantulah sewajarnya agar dapat keluar dari kemelut kemiskinan. 

 Jangan bazirkan sumber negara kepada sesuatu yang tidak diperlukan ataupun terdesak, apatah lagi laba keuntungan projek ketirisan jatuh dalam poket individu-individu tertentu. 

 Ingatlah, kekuasaan yang dimiliki adalah amanah, amanah yang akan dipersoalkan satu hari nanti. Jangan sampai tertulis dalam sejarah, anda salah seorang pemimpin yang tidak dihargai dan pengkhianat kepada negara.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya