TEMA Hari Guru tahun ini adalah Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Dua kalimat besar yang wajar diberi perhatian mendalam adalah guru dan sejahtera. Perkataan ‘guru’ dalam bahasa asalnya tidak terikat kepada tugas mengajar sahaja seperti yang difahami umum kini. Bekerja pada jam tertentu seperti yang diwartakan, dibayar gaji atau upah tertentu sebagai satu ‘transaksi.’ Semacam jual-beli, ada untung, ada ruginya. Semua ini diambil kira dalam penyempurnaan tugas mengikut KPI (petunjuk prestasi…