SETELAH mengunjungi Indonesia, Singapura dan Brunei, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluaskan jangkauan ke rantau ASEAN dengan mengunjungi dua lagi negara jiran, iaitu Kemboja dan Thailand dari 23 hingga 26 Februari lalu. Dari sudut sejarah, hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan Kemboja sejak 65 tahun dahulu agak instrumental, apatah lagi bila Malaysia telah menyumbang ke arah tercapainya keamanan di Kemboja setelah berlaku perang saudara di negara itu.…