SATU rencana disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam keseluruhannya mempersoalkan keputusan dan langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sandaran hujahnya ialah pendapat beberapa orang pegawai diplomat yang tidak pula disebut namanya. Keraguan tentang keupayaan bahasa Melayu atau lebih tepat tidak perlunya bahasa kebangsaan digunakan di peringkat antarabangsa bukan sikap dan pendirian baharu. Hujah bahawa dunia kini dunia kosmopolitan dan bahasa…










