BANJIR ialah malapetaka dan juga musibah. Secara mudah, musibah boleh difahami sebagai sesuatu yang tidak manusia sukai dan boleh merosakkan rasa gembira serta ketenangan mereka. Ia mengakibatkan rasa sedih dan amat mencabar kesabaran. Musibah adalah sebahagian daripada ujian hidup oleh Allah SWT sementalah kesenangan dan kesejahteraan juga merupakan ujian. Ayat 214 dalam surah al-Baqarah bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal belum sampai kepada…










