KONSERVATIF dimaksudkan dengan mempertahankan adat, nilai dan lain-lain yang menjadi kelaziman atau tradisi dan tidak mudah menerima perubahan. Namun, istilah konservatif tidak wajar dikaitkan dengan pandangan kolot, lama atau lapuk. Mereka yang bersifat konservatif sering berada dalam persekitaran kehidupan harmoni dan selamat. Dalam kata mudah, konservatif membawa makna suatu pendekatan sederhana, santun, hemah, berbudi. Tidak bersifat suka berkonfrontasi, tiada pula berkecenderungan untuk bermusuh-musuhan dan tidak gemar memburukkan atau memperlekehkan pihak lain secara keterlaluan. Pihak yang menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November lalu dikatakan membawa pendekatan konservatif.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya