BANJIR merupakan satu fenomena semula jadi kejadian alam walaupun terdapat juga kejadian banjir yang berlaku akibat daripada aktiviti manusia. Banjir sering kali dianggap sebagai musibah. Secara umumnya, sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia dianggap musibah, bencana atau malapetaka kerana mengancam dan menjejaskan kehidupan manusia. Ancaman ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti kemusnahan harta benda ataupun kehilangan nyawa, jangkitan penyakit dan sebagainya. Namun asasnya, musibah juga merupakan ujian kepada…