DUNIA dikatakan semakin pintar kerana perkembangan pesat segala bentuk ilmu. Malah lebih banyak peralatan dan peranti kini juga dikatakan pintar. Misalnya ada telefon bimbit pintar yang berupaya membuat perhitungannya sendiri tanpa ‘disuruh’ oleh pemiliknya. Kepintaran seumpama ini amat dialu-alukan kerana ia mempermudahkan lagi urusan seharian. Inilah yang dikatakan kehidupan pintar serba canggih. Tidak lama lagi akan ada kereta pintar yang dipandu sendiri. Yakni tanpa bergantung kepada tenaga manusia dan oleh demikian dianggap lebih selamat serta cekap. Kebiadaban lalu lintas serta jalan raya dikatakan turut berkurangan, begitu juga kemalangan kenderaan kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya