BUAT julung kali, perkhidmatan kesihatan mental di negara ini melalui Kementerian Kesihatan menerima peruntukan amat besar dari segi perbekalan bajet dan pembiayaan dana tahunan. Nilai ini lebih besar dari tahun-tahun sebelumnya bagi perkhidmatan kesihatan mental. Jumlah sebanyak RM70 juta seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 sudah tentu akan mencetuskan satu lonjakan paradigma perkhidmatan kesihatan mental negara kelak. Ungkapan syabas dan tahniah…










