JIKA menonton berita dan siaran langsung program tertentu di TV1 dan TV2 kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM), sudah terbiasa melihat di penjuru bawah kanan, ada individu ligat ‘bersilat’ tangannya, siap dengan pakej memek muka tanda menjiwai kandungan disampaikan. Itulah sumbangan besar jurubahasa isyarat agar setiap informasi dapat difahami oleh penonton istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan bisu. Kita mungkin terlupa, penerimaan golongan istimewa ini terhadap sesuatu mesej adalah berbeza terutama…










