ISU rakyat Malaysia khususnya berkategori pakar dan profesional berhijrah serta bekerja di luar negara bukanlah perkara baharu di negara kita. Pengaliran keluar kelompok bakat tempatan seperti ini terus diperdebatkan kerana mampu memberi impak besar kepada proses pembangunan dan kemajuan negara terutama boleh menjejaskan impian untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan laporan Malaysia bakal ‘kehilangan’ beratus doktor serta jururawat berikutan tindakan beberapa hospital di Singapura…










