HUBUNGAN istimewa Malaysia dan Bosnia-Herzegovina berada pada tahap tertinggi sejak tercetusnya perang saudara 1990-an yang telah meragut ribuan nyawa penduduk umat Islam di sana. Kerajaan Malaysia menerusi pelbagai saluran telah menggerakkan segala jentera dan aset baik dari segi ketenteraan atau bantuan kemanusiaan kepada umat Islam di negara tersebut. Antaranya pembinaan dua buah sekolah, masjid dan jalan raya di samping bantuan dari segi kewangan. Kini, Bosnia-Herzegovina tidak lagi berada dalam kancah…










