BUKAN menjadi rahsia lagi berhubung isu tuntutan perairan Laut China Selatan (LCS) yang bertindih dengan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) Malaysia, strategi Beijing ialah mempergunakan kekuatan tentera dan ekonomi mereka. Kedua-dua faktor tersebut tidak mampu disaingi oleh Kuala Lumpur dan sebab itu jua Wisma Putra perlu fokus kepada strategi yang tidak membabitkan kedua-dua faktor tersebut. Paling digemari oleh Beijing ialah strategi menceroboh perairan EEZ menggunakan kapal pengawal pantai Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan peristiwa terkini tercetus dua minggu lepas yang memaksa Wisma Putra memanggil Duta Besar China di Kuala Lumpur demi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya