Hanya semangat tinggi mampu kalahkan Vietnam 

Hanya semangat tinggi mampu kalahkan Vietnam 

Malaysia menyandarkan harapan pemain warisan yang dibawa masuk ke dalam skuad Harimau Malaya mampu mencetuskan revolusi skuad kebangsaan. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemain Harimau Malaya perlu ada semangat juang lebih tinggi dan pantas membuat keputusan dalam padang jika berhasrat menewaskan Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Beraksi di hadapan penyokong dan padang sendiri sudah menjadi kelebihan buat skuad kebangsaan namun itu belum cukup untuk menjinakkan gergasi Asia Tenggara itu yang terkenal dengan corak permainan pantas serta semangat melawan tinggi.

Bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz yang juga pernah berkhidmat dengan kelab Vietnam, Cong An Ha Noi pada 2023 lalu.

Sepanjang Azmin bersama kelab itu, beliau sedikit sebanyak dapat mengenali cukup dekat barisan pemain tempatan negara itu.

Katanya, yang juga beberapa kali pernah berdepan skuad Naga Emas ketika berada barisan skuad Harimau Malaya mengakui kualiti pemain pasukan negara dengan mereka tidak mempunyai jurang yang jauh.

“Kalau kita nak lawan mereka ‘very simple’ (sangat mudah), semangat melawan kita kena lebih kuat daripada mereka. Sebab Vietnam, dari segi kualiti tak jauh beza, yang beza hanya semangat melawan sahaja.

“Vietnam ini saya lihat semangat melawan mereka cukup tinggi, daripada rekod pertemuan ketika saya masih lagi bersama skuad kebangsaan dengan Tan Cheng Hoe, lima kali kita jumpa mereka empat kali kita kalah, dan satu saja kita seri di KL itu pun masa pusingan pertama final Piala AFF, itu saja.

“Semangat melawan itu bagi saya adalah satu senjata rahsia yang sangat tinggi yang perlu diserap oleh semua pemain. Apa yang saya tahu, corak permainan Vietnam ini penuh dengan taktikal ‘movement’ (gerakan). 

“Mereka sangat berhati-hati dalam taktikal dan memang ada merangka taktikal istimewa dalam setiap perlawanan dilalui,” katanya.

Begitupun, skuad Harimau Malaya kini dilimpahi hampir separuh pemain berstatus warisan dan naturalisasi berkualiti, sekali gus menjadi kelebihan tambahan buat pasukan kendalian Peter Cklamovski mengejutkan Vietnam.

Kemenangan itu bukan sahaja mampu memadam badi Malaysia berdepan Vietnam, malah mencerahkan peluang skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN