MENURUT kenyataan Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia, ada sekurang-kurangnya 1,000 penulis Tamil sepenuh masa di negara ini. Ribuan lagi individu kaum India dikatakan menulis cerpen, novel, puisi, sajak, pantun, penulisan drama serta skrip dan lain-lain lagi secara sambilan dari semasa ke semasa (Bernama, 29 April 2013). Jumlah ahli persatuan itu yang diasaskan pada 1963 berjumlah minimum 1,500 orang. Laporan Bernama turut memetik kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri waktu…










