RAKYAT Malaysia memang pemurah. Perkara ini sering bermain di fikiran kita apabila melihat lambakan iklan dan poster daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di laman media sosial memohon dana bantuan bagi membantu golongan rentan. Kepingan gambar disulam beribu kata-kata hikmah sering mengetuk hati masyarakat yang simpati dan peka tentang kesengsaraan melanda golongan ini. Namun mutakhir ini, angkara sebilangan pihak yang tidak jujur, timbul prasangka terhadap ketelusan sesetengah NGO terutama melibatkan kutipan dana awam. Pada awal tahun ini, sebuah sindiket kutipan derma yang kononya membina telaga di Kemboja dibongkarkan. Sindiket ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya