PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan pentadbiran awal dengan memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia. Pengenalan konsep ini tepat pada masanya ketika rakyat diuji dengan pandemik Covid-19, kestabilan ekonomi dan kepimpinan. Perlu banyak perubahan dan hijrah ke arah merealisasikan agenda membina Keluarga Malaysia. Situasi rakyat yang mengharapkan transformasi drastik terutama berkaitan kebajikan rakyat dalam pelbagai bidang tumpuan pekerjaan, pendidikan, politik, ekonomi sama rata, kesepaduan etnik serta membina peradaban Malaysia yang…










