DUA minggu selepas Taliban menubuhkan kerajaan sementara, buat pertama kalinya pentadbir bandar Kabul yang baru dilantik, iaitu Hamidullah Nomani melakukan walkabout di pusat bandar tersebut dengan diiringi pemberita media antarabangsa CNN, Nic Robertson. Niatnya adalah jelas untuk mempamerkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Taliban juga mampu untuk mentadbir bandar tersebut. Tetapi agak aneh juga kerana kehadiran Nomani bagaikan tidak diendah oleh mereka berdekatan walaupun dikelilingi pengawal bersenjata yang memberi persepsi Nomani adalah pemimpin Taliban yang penting. Aktiviti ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa tanpa kekangan bagaikan Nomani tidak wujud! Senario yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya