MASYARAKAT cukup menjunjung tinggi peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak jemu mengerah para aktivis mereka turun ke lapangan dan membantu menyelesaikan masalah yang mungkin terhasil akibat kelompangan sebahagian dasar atau polisi pentadbiran kerajaan. Sebagai contoh, pengamal hak asasi manusia boleh membantu menyampaikan suara rakyat dan bertindak sebagai kumpulan pendesak kerana mereka dilihat mempunyai kuasa dan kudrat menjalankan kerja-kerja advokasi seperti yang dibenarkan undang-undang negara. Saya ingin menekankan bahawa walaupun…










