BERMULA lusa (31 Oktober hingga 12 November 2021) berlangsung satu persidangan penting berkaitan perubahan iklim. Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) 2021 (COP26) ini bakal dihadiri ketua-ketua pelbagai negara dan pakar-pakar dalam bidang perubahan iklim, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Terdapat 197 pihak yang menyertai UNFCCC termasuk Malaysia. Di bawah UNFCCC, Malaysia berada di bawah negara-negara membangun yang mudah terkesan dengan perubahan iklim serta layak mendapat…










