Bangkit semula dari kesilapan lalu - Utusan Malaysia

Bangkit semula dari kesilapan lalu

Anggota polis melakukan pemeriksaan di Plaza Tol Ayer Keroh ketika pengumuman amanat khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Ini merupakan antara wira yang tidak didendang yang membantu negara untuk bangkit semula ekoran pandemik Covid-19. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
RAZLAN RAFII

NEGARA Malaysia mencapai vaksinasi 90 peratus rang dewasa, sektor ekonomi, rentas negeri dan negara sudah dibuka dengan selamat.

Tidak Perlu Darurat, tidak perlu kuasa Feudal, kita menobatkan Perlembagaan Malaysia ke tahap yang paling tinggi dalam membawa negara keluar dari masalah Pendemik dan kehidupan rakyat tercinta.

Berkat dari usaha ramai pihak, Negara kembali diyakini oleh semua golongan, bukan hanya kepada Pelabur, malah rakyat juga selesa dengan kaedah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kepimpinan negara ditakbir dengan fokus kepada penyelesaian Rakyat, bukan seperti sebelum ini, hanya fokus kepada dendam dan kekuatan parti tertentu.

Banyak tomahan yang diberikan semasa pembikinan kerajaan hari ini, namun, itulah namanya perjuangan, bukan mudah untuk menerangkan hasrat sebenar, ia terbukti dengan hasil yang dicapai, tahniah saya ucapkan kepada barisan Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang terus fokus dan bekerja keras didalam membawa rakyat keadaan yang cukup selesa.

UMNO seperti biasa, tugasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  selaku Presiden dan kepimpinan melihat negara dalam keadaan baik.

Kita bermadah dan berjuang untuk melihat rakyat mendapat kebaikkan dan manfaat, nyawa rakyat selamat, rakyat boleh hidup dengan tenang dan rakyat kembali ke kehidupan yang di cari.

Sebagai kerajaan dan parti politik, tidak ada lain, hanya mahu melihat negara ini dapat disediakan dengan sebaik keadaan untuk seluruh rakyat bernaung di bawahnya. itulah tujuan asas kami.

Kita belajarlah dari kesilapan memilih, mentadbir kerajaan bukan dengan dendam kesumat sehingga rakyat menjadi mangsa, mentadbir kerajaan bukan untuk memperkuatkan parti dan sekumpulan ahli politik sehingga rakyat dibiarkan kelaparan dan mati tidak terbela.

Dalam tiga tahun setengah, banyak peristiwa yang kita belajar dari sejarah pentadbiran parti politik dan pemimpinya, kaji seeloknya, jangan lagi negara kita terjerumus ke lubang yang hina sekali lagi, ia bukan mudah untuk dibina semula.

Berterima kasihlah kepada pejuang yang tidak didendang, kepada semua petugas kesihatan, petugas keselamatan malah kepada semua penjawat awam yang bekerja tidak kira masa dan penat, mereka menurut sahaja perintah pihak atasan untuk bekerja tanpa khuatir nyawa dipertaruhkan.

Kepada pejuang parti UMNO, yang terus menerus menyatuni rakyat di seluruh negara, anda beranikan diri berkunjung ke rumah memberi bantuan, bersapa mereka yang sakit, menghulurkan tangan kepada rakyat yang memerlukan. Andalah pejuang yang memasak akar UMNO agar tidak mudah tercabut pokoknya sekira ribut melanda.

Kepada NGO-NGO yang menguruskan makan rakyat, kuburan simati dan banyak lagi yang menyumbang, mereka inilah pejuang yang tidak didendang.

Inilah Keluarga Malaysia. Kita sayang sesama kita, kita menuju kepada negara yang bangkit semula dari kesilapan dulu.

Datuk Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya