JUMAAT lalu, seorang sahabat (pesara kerajaan berusia awal 70-an) tanya saya mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan. Saya jawab, “sudah sampai masanya. Hendaknya satu kesungguhan, bukan retorik.” Banyak pihak mengalu-alukan langkah kerajaan baharu ini. Parlimen yang bersidang semalam baru sahaja merayakan ulang tahunnya yang ke-61. Setelah wujud selama enam dekad, pastinya institusi utama perundangan negara ini boleh mempamerkan prestasinya yang cemerlang dan dikagumi rakyat. Malangnya, hakikat menunjukkan sebaliknya. Prosiding Dewan Rakyat selama beberapa tahun kebelakangan ini lebih menghampakan daripada membanggakan kita.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya