NAMPAKNYA rasuah dan anggota masyarakat semakin sukar dipisahkan. Amalan tidak bermoral ini bukan sahaja berleluasa malah mula menembusi hampir semua sektor serta dalam setiap aspek kehidupan harian kita. Jujurnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk perangi rasuah, namun boleh dikatakan wabak ini sudah menjadi endemik, iaitu seolah-olah rakyat sudah tiada pilihan selain terpaksa hidup dengannya. Buktinya, hampir setiap hari ada sahaja isu rasuah yang dilakukan oleh anggota masyarakat membabitkan pelbagai salah…










