BIDANG sukan sentiasa dilihat sebagai platform terbaik untuk memupuk dan memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat di negara ini. Bahkan sukan juga berperanan penting dalam menyuburkan semangat patriotisme, iaitu cinta dan sayangkan negara. Justeru, sukan wajar dijadikan medan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan seluruh Keluarga Malaysia. Ironinya, setiap kali atlet kita menyertai sesuatu kejohanan besar seperti Sukan Olimpik termasuk Paralimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia…










