PEMIKIR Russia Mikhail Bakhtin pernah berkata, makhluk yang boleh bertahan dengan apa sahaja persekitaran dalam sesebuah pesta keraian adalah badut. Dia sentiasa terlepas dari apa sahaja perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk. Diejek, diperlekeh, dipermainkan atau mungkin kadang-kadang dihina, badut tetap memainkan peranannya. Bakhtin menggunakan analogi badut untuk merujuk kepada rakyat biasa yang menggunakan satira, parodi dan humor sebagai kaedah yang berkesan memerangi golongan yang menindas mereka terutama…










