HARI Kebangsaan, iaitu hari yang begitu bermakna bagi mereka yang memahami betapa sukarnya untuk mencapai kemerdekaan. Namun, terdapat amanah yang lebih berat untuk Malaysia bagi mengisi sebuah kemerdekaan selepas 64 tahun. Setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan, kita disajikan dengan tema. Satu persoalan yang harus ditanya, sejauh manakah tema kemerdekaan ini dapat difahami dan dihadamkan oleh rakyat? Tema kemerdekaan sebenarnya amat berkait rapat dengan mengisi sebuah kemerdekaan. Jika kita lihat mulai 1970-an, pelbagai tema diperkenalkan. Pada 1970 misalnya, tema kemerdekaan ialah Muhibah dan Perpaduan, manakala pada 1974, Sains dan Teknologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya