ADA yang begitu gusar dengan senario politik tempatan semasa yang dianggap begitu keterlaluan dalam keadaan pandemik masa kini. Ramai berpendapat, tumpuan kerajaan seharusnya menjerumus kepada tadbir urus hal negara, bukannya politik kepartian. Kegusaran rakyat itu ada kebenarannya kerana persepsinya, kerajaan akan hilang tumpuan apabila diserang bertubi terutama sekali hal berkait keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tetapi sebenarnya kemelut politik yang melanda tanah air pada era pandemik Covid-19 juga sering tercetus…










