PELANTIKAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sewajarnya meredakan bahang politik yang melanda negara sekian lama terutama selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Umumnya, pelantikan ini dilihat sebagai mandat yang jelas dari istana yang turut meletakkan harapan tinggi kepada Ismail Sabri. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan dengan pelantikan itu, maka kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi Covid-19 dengan segera…










