Selepas menjadi isu hangat dan bahan perdebatan sejak berbulan-bulan lalu, akhirnya kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong agar sidang Parlimen diadakan pada hujung bulan ini. Persidangan lima hari yang dipanggil Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu akan diadakan mulai 26 hingga 29 Julai serta 2 Ogos. Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari, iaitu dari 3 hingga 5 Ogos ini. Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri, persidangan…










