PADA malam hari pertama sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda menyusuri jalan-jalan utama di ibu kota yang sememangnya lengang. Entah siapalah yang degil sangat itu, tidak patuh dengan arahan larangan keluar rumah oleh pihak berkuasa. Namun, tatkala berhenti di satu sekatan jalan raya (SJR), kelibat yang keluar dari kenderaan berwarna hitam itu mengejutkan anggota-anggota keselamatan di situ. Beliau ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri…










