Terbukti cadangan tubuh MPN jalan terbaik - Utusan Malaysia

Terbukti cadangan tubuh MPN jalan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berlangsung semalam memutuskan penglibatan kumpulan profesional terutama pakar-pakar kesihatan awam dan ekonomi untuk pengurusan pandemik Covid-19.

Saya lihat keputusan ini seolah-olah menciplak idea Majlis Pemulihan Negara (MPN) oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum ini. 

Ini sekali gus membuktikan apa yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir itu adalah jalan terbaik untuk membantu usaha kerajaan keluar dari krisis kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sosial yang sedang dihadapi negara. 

Pada pandangan saya, mengambil idea dan cadangan yang diketengahkan oleh Pejuang bagi memulihkan krisis disebabkan pandemik seharusnya diberikan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Bagaimanapun, pelaksanaan dan sekadar meminjam idea adalah dua perkara berbeza. Untuk mengatasi dan menyelesaikan krisis negara yang berada pada tahap kerosakan sekarang ini, ia memerlukan komitmen dan pengalaman yang luas.

Kita tetap mendoakan yang terbaik demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara ini.

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya