KETIKA meninggalkan kampung halaman di Perlis kerana mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu Kuala Lumpur 1984, semua kawasan sawah ditanam padi dan tidak ada yang terbiar. Rumah saya di tengah-tengah sawah, umpama pulau dikelilingi lautan hijau dan kuning yang saujana mata memandang. Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran sawah padi. Menjadi pesawah sejak berusia 15 tahun ketika di tingkatan tiga. Walaupun secara sambilan tetapi amat memahami kehidupan tradisi keluarga pesawah.…










