TARIKH 9 Jun 2020 menjadi satu lagi hari bersejarah bagi rakyat Malaysia, berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada pukul 11.59 malam, dan digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan PKPP sebagai sebahagian exit strategy daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Di bawah PKPP, perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang…










